Blog

Sejarah Penubuhan Yayasan Matri

SEJARAH PENUBUHAN YAYASAN MATRI

Dalam arus kebangkitan Islam pada hari ini, kita berhadapan dengan satu suasana di mana Islam berada di dalam keadaan yang kabur. Kabur dalam erti kata ia begitu berbeza dengan Islam yang dibawa oleh Junjungan Besar kita Rasulullah SAW dan apa yang dijelaskan oleh Allah SWT di dalam kitab suci al-Quran.

Di Samping itu, proses penyampaian ilmu yang ada di kebanyakan Institusi pada masa ini juga kabur dan mengelirukan. Ilmu diletakkan pada satu sudut yang lain manakala akhlak dan penghayatan diletakkan pada sudut yang lain pula, di mana berlaku pertembungan di antara ilmu dan akhlak serta ilmu dan penghayatan. Natijahnya maka timbul berbagai masalah kerana ilmu tidak diasaskan di atas dataran iman dan keyakinan kepada kewujudan Allah SWT. Tanpa iman yang kukuh dan keyakinan yang mantap, ilmu yang dipelajari tidak mungkin direalisasikan di dalam kehidupan seharian.

Berhadapan dengan realiti yang ada ini, maka timbul Hasrat untuk mewujudkan satu suasana yang boleh menangani berbagai gejala negatif yang mencengkam kehidupan remaja-remaja kita hari ini. Dengan itu MATRI ditubuhkan dengan bermatlamat membekalkan remaja-remaja ini dengan satu sistem Pendidikan yang menyeluruh bagi melahirkan insan Rabbani yang beriman dan berakhlak mulia.

Hari demi hari sambutan yang diterima dari masyarakat terhadap MATRI amat memberangsangkan. Bilangan pelajar makin bertambah dari tahun ke tahun. Tapak kampus perlu diperluaskan, bangunan-bangunan baru perlu didirikan, alat bantuan pelajaran dan pengajaran perlu ditambah bagi menampung pertambahan pelajar ini. Selain itu, pelajar-pelajar miskin dan anggota masyarakat setempat yang kurang berkemampuan juga perlu dibantu. Dengan perkembangan ini, maka Lembaga Tadbir MATRI memutuskan untuk menubuhkan satu institusi kewangan yang kukuh bagi menangani keperluan-keperluan di atas.

Akhirnya, satu permohonan diajukan kepada Kementerian di Jabatan Perdana Menteri pada 1 September 1998 dan pada 20 November 1998 permohonan tersebut diterima. Pada 1 Oktober 2000 pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia telah meluluskan Pelepas cukai kepada Yayasan MATRI untuk mengutip derma daripada orang ramai dan kemudian menyalurkan derma tersebut kepada pihak-pihak yang memerlukan.

Nombor pelepasan cukai: (LHDN.01/35/42/51/179-6.4903)

Read more

Peluang Menyumbang pada Yayasan Matri

Ahad lalu admin ada jumpa seorang bekas pelajar MATRI. Ahmad Nabil Namanya.

Selepas bercerita tentang Yayasan Matri serta sebahagian pelan yang sedang dirancang dan yang sudah pun dijalankan, lalu beliau tanya,

“Ada tak posisi yang ana boleh menyumbang untuk Yayasan Matri?”

Tambah beliau lagi, “Nak juga praktiskan ilmu kewangan yang ada.”

Jawapannya, ada. Ya, ada sahabat-sahabat.

Antara strategi kami, kami akan membentuk kumpulan sukarelawan dalam pelbagai bidang.

Bukan duit sahaja yang kami perlukan. Kawan-kawan yang ada apa-apa kepakaran pun boleh menyumbang.

Sumbangan yang boleh diberikan:
✔️Menyokong usaha kami
✔️ Infaq (ada pemotongan cukai)
✔️ Kepakaran
✔️ Tenaga


Sekiranya berminat untuk menjadi sukarelawan, sila tekan link di bawah;
👉 https://forms.gle/KvbVn1De2irJpdcPA

👉 Borang Infaq – Inginkan Pelepasan Cukai?,
https://forms.gle/gD9G1NA27dJhfjyN7

Read more

Tempat kelahiran Yayasan Matri (YM3).

Tempat kelahiran Yayasan Matri (YM3).

Maahad Attarbiyah Al-Islamiyah, Perkampungan Tunjong, Beseri, Perlis.

*Kredit gambar: FB Faiz Malek

Read more

Sejarah Logo Yayasan Matri

Sejarah Penciptaan Logo Yayasan Matri

Menurut Tuan Abu Mu’min,

Logo ini adalah hasil ciptaan beliau bersama dua orang sahabatnya. Ikram Rosdi sebagai pelukis logo dan Dr Mohd Yusof Subhi sebagai pemberi idea.

Mereka telah memenangi pertandingan mencipta logo yang dilancarkan oleh Pak Wan Najmi dan al-Marhum Pak Aji.

Ketika itu mereka masih berada di kelas tingkatan 1 dan bersekolah di Maahad Attarbiyah Al-Islamiyah, Beseri, Perlis.

Sama-sama kita doakan agar mereka semua diberikan rahmat atas usaha yang bermanfaat ini. Amin.

-Admin

Read more

Inovasi Wakaf

Wakaf dianggap sektor ketiga selepas sektor kerajaan dan swasta. Kalau dulu kita hanya didedahkan dengan wakaf bangunan masjid, sekolah, tanah kubur etc. Tapi sebenarnya wakaf ni sangatlah besar skop dan sumbangannya pada ekonomi.

Di Malaysia sahaja hampir 30 Billion USD harta wakaf tidak digunakan, belum kira lagi di negara-negara islam yang lain.

Dr Afifi al-Akiti kongsi pada kami sejarah Universiti Oxford bagaimana Tentera Salib mencuri idea orang Islam iaitu sistem wakaf dan bawa ke tempat mereka seterusnya melaksanakan sistem wakaf atau nama lainnya endowment.

Hari ini negara-negara Barat lebih maju dan terkedepan dalam melaksanakan sistem wakaf berbanding negara-negara Islam sendiri. Dikatakan nilai aset wakaf universiti tersebut bernilai puluhan billion dan hanya 4% digunakan untuk menampung kos operasi.

Sudah tiba masanya untuk kita mula membuka mata dan merancakkan semula sistem wakaf ini. Sungguh sangat besar peranannya pada ekonomi (terutama dalam membasmi kemiskinan) kita sekiranya diuruskan dengan baik.

Catatan sempena
7th Global Waqf Conference 2019
Menara Kembar Bank Rakyat, KL

Read more

Yayasan Matri ke arah Kebajikan Lestari

Salah seorang wakil Yayasan Matri (YM3) sedang menghadiri sebuah persidangan peringkat antarabangsa.

The 7th Global Waqf Conference, sebuah konferen antarabangsa yang julung kali diadakan di Malaysia anjuran Universiti Antarabangsa Medinah (MEDIU).

Yayasan MATRI yang bakal membuat kemunculan semula dengan mengetengahkan konsep kebajikan lestari melalui amalan pengurusan dan pematuhan yang cekap sedang dalam proses membina produk-produk yang bakal memberi pulangan amal jariah yang lestari buat para penderma, antaranya ialah dengan penubuhan tabung waqaf tunai Yayasan MATRI.

Konferensi ini sangat bermakna buat Yayasan MATRI kerana selain memberi menjadi medan perkongsian ilmu dan pengalaman amalan pengurusan baik dari entiti-entiti tersohor di dunia, dalam bidang waqaf, antaranya ialah Islamic Development Bank, Waqafprenuer dan NAMA Foundation, ia menjadi medan untuk membina jaringan dan kerjasama.

Sekiranya anda berminat untuk menggandakan akaun akhirat anda melalui pakej produk-produk waqaf kami yang bakal memberi pulangan yang kekal untuk akhirat anda, berdaftar lah sebagai salah seorang penderma Yayasan MATRI.

Insyaallah kami bakal melancarkan produk-produk & projek inovatif dan berimpak tinggi untuk komuniti sasaran yang lengkap dengan rancangan kelestarian operasi untuk memastikan pahala yang anda beroleh dari pelaburan akhirat ini terus berkekalan.

Read more

Bengkel Interpersonal Dakwah Kepada NYMs (Not Yet Muslims)

Biro HALUAN Fitrah (BHF) dengan kerjasama Yayasan MATRI telah menganjurkan Bengkel Interpersonal Dakwah kepada Not Yet Muslims (NYMs) di sini bertujuan melatih sukarelawannya kaedah berinteraksi secara efektif dan spontan dalam berkongsi Islam.

Seramai 30 orang peserta telah perolehi manfaat daripada bengkel yang dilaksanakan di Kolej Teknologi Darulnaim Cawangan Kuala Lumpur.

Program bermula jam 8.30 pagi dengan ketibaan dan pendaftaran para peserta diikuti dengan sesi bacaan al-Quran dan ucapan aluan oleh Timbalan Yang Dipertua HALUAN Putrajaya, Dr. Nik Mutasim Nik Ab. Rahman. Program diteruskan dengan sesi utama iaitu ceramah interaktif Kemahiran Komunikasi Interpersonal yang disampaikan oleh bekas wartawan, Encik Yusman Nawazir. Beliau merangkakan empat langkah asas yang perlu diterapkan dalam minda setiap ahli BHF apabila berhadapan dengan realiti ketika berdakwah kepada NYMs di Malaysia iaitu STKQ – Senyum, Tegur, Kawan dan Qudwah.

Setiap langkah yang dihuraikan memberi pencerahan kepada para peserta bahawa berdakwah kepada NYMs adalah mudah dan hanya perlu dipraktikkan mengikut teknik yang telah diberikan. Selanjutnya, program diteruskan dengan sesi soal jawab pada jam 12.30 tengahari bagi membuka ruang kepada para peserta bertanyakan persoalan yang berkaitan.

Program diteruskan lagi dengan sesi taklimat simulasi etnik pada jam 2.00 petang yang dikendalikan oleh Cik Adlina Selamat. Pada slot ini, peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Tiga tetamu yang merupakan mualaf telah dijemput hadir untuk menjayakan slot latihan berkenaan. Mereka terdiri daripada Cik Thoo Poh Yee, Encik Rafi Ooi dan Encik Mohd Naim Daniel Sathiasuddin untuk melengkapkan sesi simulasi suasana pengalaman sebenar ketika berdakwah kepada NYMs. Setelah para peserta berada dalam kumpulan masing masing, sesi simulasi etnik pun bermula tepat pada jam 2.30 petang.

Selanjutnya adalah sesi refleksi bersama para peserta dan juga tetamu mualaf berkenaan. Peserta Puan Syamimi Samuin berkata pengalaman yang beliau dapati melalui sesi simulasi itu memberikan gambaran yang sebenar ketika berdakwah kepada NYMs di mana mereka perlu mempraktikkan langkah-langkah yang telah diterangkan dalam ceramah. Tambah beliau, pendakwah perlu berinteraksi dengan NYMs yang disasarkan mengikut kesesuaian keadaan.

Menurut CikThoo Poh Yee pula, setelah menganalisa para peserta dalam kumpulan berdasarkan simulasi yang diberikan, beliau menyimpulkan bahawa para peserta perlu berlatih lebih lagi supaya suasana ketika berdakwah tidak terasa janggal. Selain itu, beliau menambah apabila berdakwah kepada NYMs, pendakwah tidak disarankan untuk mengerumuni mad’uu beramai-ramai, dan tidak menghujani mereka dengan pelbagai soalan secara berterusan. Ini akan membuatkan mereka menjadi kurang selesa. Faktor “K” atau berKawan yang diajar sebelum itu bermaksud membuat NYM berkenaan merasa senang dan selesa bila berinteraksi dengan rakan yang Muslim.

Bengkel tersebut adalah yang julung kali dianjurkan oleh BHF dengan kerjasama BHF cawangan Putrajaya. Majlis perasmian penutupan bengkel telah disempurnakan oleh Yang Dipertua HALUAN Putrajaya Putrajaya, Sr. Baderol Allam Awang.

Dilaporkan Oleh: Siti NurKhadijah Sullahaji, Biro HALUAN Fitrah
Klik Sini untuk Pautan Asal

Read more